HighlightTEKNOLOGI

Jangan Panggil Saya Steve Jobs China – Lei Jun

1098 reads
0 likes
Jangan Panggil Saya Steve Jobs China – Lei Jun

IMEJ yang sentiasa kelihatan kasual, Lei Jun merupakan pengasas pengeluar telefon pintar di antara yang terbesar di China, tetapi sering kelihatan memakai baju hitam dan seluar jeans ketika pelancaran produk tahunan syarikatnya.

Lantaran itu, beliau sering kali dikaitkan dengan imej yang sering dibawa oleh pengasas kepada Apple Inc., Steve Jobs.

Tetapi awas, jangan gelar beliau sebagai ‘Steve Jobs China’.

Usahawan berusia 45 tahun itu sering kali berang dengan perbandingan tersebut, dengan mengatakan Steve Jobs hanya dijadikan sebagai ‘inspirasi’, kerana model perniagaan mereka sangat berbeza.


Namun, Xiaomi Technology miliknya terus kukuh bersaing dalam industri yang pantas berkembang ini.

Untuk mencapai sehingga ke tahap sekarang, Jun dilaporkan seorang yang sangat kuat bekerja dan dikatakan akan meluangkan masa lebih dari 100 jam seminggu, khusus untuk kerja.

Beliau dilahirkan di Xiantao, sebuah bandar kecil di wilayah Hubei yang terkanal kerana banyak melahirkan atlet gimnastik Olimpik berbanding usahawan jutawan.

Lei Jun memiliki latar belakang pendidikan sains komputer di Wuhan University,  beliau telah dinamakan sebagai ‘Forbes Asia Businessman of the Year’ pada tahun 2014.



Promo text


Comment