HighlightSUKAN

Tak sangka menang besar

988 reads
0 likes
Tak sangka menang besar

Menang besar ke atas Poland bukan sesuatu yang disangka oleh kapten, Muhammad Razie Abdul Rahim apatah lagi dia sendiri meledak hatrik yang menyumbang kemenangan.

Dia dan rakan sepasukan terperanjat kerana pada awalnya mereka menjangka perlawanan berlangsung dengan sengit memandangkan pasukan yang diuruskan Tomasz Cichy itu bukan sembarangan.

“Poland jaring jumlah gol yang agak banyak sejak perlawanan pertama sehingga separuh akhir.

“Memang tak sangka perlawanan jadi begini, mungkin tumpuan 100 peratus (menjadi kunci kemenangan).

“Hari ini PC (pukulan sudut pe­nalti) kebanyakan menjadi berbanding semalam (dalam perlawanan menentang Jepun kelmarin) dan pasukan kita boleh menang,” katanya ketika ditemui selepas maj­lis penyampaian hadiah.

Sementara itu, jurulatih kebangsaan, Tai Beng Hai memuji komitmen para pemain yang dilihat mengejar dan cuba merampas kembali setiap kali kehilangan bola.


Menurutnya, pasukan menunjukkan persembahan taktikal mantap dengan usaha dalam waktu persediaan yang cukup singkat.

“Secara keseluruhan, oleh ke­rana hanya dua setengah minggu untuk bersedia, kita jadikan empat perlawanan permulaan sebagai simulasi bermain menghadapi separuh akhir dan perlawanan akhir.

“Saya memang puas hati di­sebabkan menang dengan jumlah gol yang besar. Saya rasa Poland yakin untuk kecewakan kita mungkin daripada segi itu mereka tidak sangka kita jaring awal.

“Resipi taktikal (perubahan permainan selepas pertemuan persahabatan sebelum ini) dan kemahuan serta disiplin pemain berjaya membawa kemenangan,” katanya lagi.

Pemain Malaysia meraikan kemenangan selepas mengalahkan pasukan Poland pada perlawanan akhir saingan pusingan ke-2 Hoki Liga Dunia 2015 di Stadium Hoki Sengkang semalam dengan menewaskan Poland 8-0.


Promo text


Comment