Highlight TEKNOLOGI

Clone Algo labur RM500j di Malaysia, perkenal algoritma dagangan

240 reads
0 likes
Clone Algo labur RM500j di Malaysia, perkenal algoritma dagangan

Clone Algo Group, milik ahli perniagaan yang berpangkalan di Singapura, Niraj Goel, akan melabur RM500 juta dalam kemudahan teknologi baharu di Malaysia dalam tempoh dua tahun akan datang.

Nitin Damodaran, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan yang berpangkalan di Las Vegas, berkata syarikat itu akan menubuhkan pusat penyelidikan dan pembangunan, pemasaran serta pejabat sokongan dan pengaturcaraan.

Pelaburan itu akan dibuat oleh Goel, Clone Algo Inc, yang sedang menempatkan saham bernilai AS$250 juta (RM879 juta) dan menyasarkan untuk membuat tawaran awam permulaan di NASDAQ pada suku ketiga tahun ini.

Clone Algo juga akan memperkenal Algoritma khusus untuk komuniti perniagaan Malaysia tahun ini.

"Kami kini di peringkat akhir rancangan untuk pasaran Malaysia selain R&D serta pusat pemasaran untuk komuniti perniagaan India.

"Pasukan pemasaran akan memperkenal kelebihan dagangan di bursa antarabangsa menggunakan Algoritma (Algos) untuk dagangan dalam produk berstruktur," kata Damodaran menerusi satu kenyataan di sini.

Katanya, semakin ramai ahli perniagaan Malaysia yang mula menggunakan Algos untuk dagangan produk kewangan antarabangsa.

"Dalam persekitaran perniagaan hari ini, terutama dengan harga minyak mentah yang rendah, pengurus kekayaan Malaysia perlu lebih berhati-hati untuk mengikat kontrak dalam produk minyak, emas dan komoditi.

Peniaga hari ini perlu menjejak 24 jam sehari trend tidak menentu dalam pasaran dan harga selain kekal fokus kepada carta harga. Inilah cara Algo, yang disediakan khusus untuk membantu peniaga yang sibuk memantau kedudukan mereka setiap saat," katanya.


Promo text


Comment