Highlight TEKNOLOGI

Celcom, BlackBerry perkenal model baharu Classic

202 reads
0 likes
Celcom, BlackBerry perkenal model baharu Classic

elcom Axiata Bhd bekerjasama dengan BlackBerry melancarkan telefon pintar terbaharu BlackBerry Classic di bawah pakej Celcom First Plan.

"Harga runcit telefon baharu dengan pakej ini ialah RM1,588 dan boleh didapati di semua cawangan Celcom Blue Cube dan Celcom Xclusive bermula hari ini.

"Pada masa ini kita mempunyai kira-kira 200,000 pelanggan Celcom-BlackBerry daripada dua juta pelanggan pascabayar dan berharap bilangan itu akan bertambah," kata Ketua Pegawai Pemasaran Celcom Zalman Aefendy Zainal Abidin, pada pelancaran telefon itu, di sini hari ini.


Pengarah Kanan BlackBerry bagi Pengurusan Produk Asia Pasifik, Damian Tay, berkata telefon pintar itu disasarkan untuk ahli perniagaan yang mengutamakan produktiviti dan mahu peranti mudah alih bergaya.

"BlackBerry Classic baharu itu menampilkan skrin sentuh lebih besar dan papan kekunci sentuh QWERTY baharu.

"Model ini adalah naik taraf BlackBerry Bold 9900 dengan hayat bateri 50 peratus lebih lama, enjin pelayar tiga kali lebih pantas, ruang skrin 60 peratus lebih besar dan pelbagai pilihan aplikasi BlackBerry World," katanya.


Promo text


Comment