Highlight TEKNOLOGI

Galaxy A masuk Malaysia

204 reads
0 likes
Galaxy A masuk Malaysia

Samsung Malaysia Electronics (Samsung) melancarkan telefon pintar yang menggantikan Galaxy Alpha selepas syarikat berkenaan dikatakan tidak lagi meneruskan pengeluaran model terbabit pada tahun ini.

Model terbaru, Galaxy A3 dan A5 iaitu siri A meng­gunakan reka bentuk kerangka aluminium sama seperti Alpha.

Galaxy siri A dijangka memberi saingan sengit kepada telefon pintar dari China terutama dari aspek harga dan reka bentuk.

Model A5 dan A3 dikuasakan CPU Qualcomm Snapdragon 410 quad core berkelajuan 1.2GHz dengan RAM 1GB atau 2GB dan memori dalaman 16GB bersama skrin HD 720p Super AMOLED.

Ketebalan Galaxy A3 hanyalah 6.9mm manakala A5 lebih nipis pada saiz 6.7mm di samping skrin qHD 4.5-inci untuk A3 manakala A5 pula mempunyai skrin HD 5.0 inci.

Kedua-dua model ini dijual pada harga RM899 dan RM1,119.

Promo text


Comment