Highlight HIBURAN

Faizal Tahir 'Hilang' Urus Syarikat Rakaman Sendiri

202 reads
0 likes
Faizal Tahir 'Hilang' Urus Syarikat Rakaman Sendiri

Penyanyi Faizal Tahir menjelaskan karier nyanyiannya kelihatan sepi sejak akhir-akhir ini kerana dia lebih memberi fokus kepada syarikat rakamannya iaitu Faithful Music yang ditubuhkan sejak setahun lalu.

Faizal, 37, berkata, sepanjang tempoh itu dia banyak menghabiskan masa melakukan kerja-kerja belakang tabir selain menguruskan tiga artis di bawah label berkenaan.

"Saya tidak pernah menghilangkan diri sebaliknya kini lebih banyak menumpukan kerja-kerja di belakang tabir dan mencipta lagu.

"Banyak perkara yang perlu diberikan perhatian memandangkan label saya itu masih baharu," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Faizal berkata, dia mengambil keputusan untuk membuka sebuah syarikat rakaman kerana ingin memberi sumbangan kepada industri muzik dengan memperkenalkan bakat-bakat baharu.




Malah katanya, syarikat tersebut itu sedang giat mempromosikan tiga artis baharu iaitu Elizabeth Tan, Aziz Harun dan Hanie Sooraya untuk diketengahkan.

"Muzik adalah cinta dan semangat saya dan kewujudan label ini adalah bukti kesungguhan saya untuk memberi sesuatu kepada industri.

"Semua artis yang ditampilkan mempunyai kesitimewaan berbeza yang mampu mewarnai industri muzik tempatan," katanya.

Sementara itu, Faizal berkata, itu tidak bererti dia sudah melupakan bidang nyanyian sebaliknya masih aktif sebagai penyanyi.

"Saya baharu sahaja tampil dengan single terbaharu berjudul Assalamualaikum dan album penuh bakal menyusul pertengahan tahun ini," ujarnya.
Promo text


Comment