Highlight SUKAN

Beng Hee wakil tunggal negara layak ke pusingan kedua TOC

301 reads
0 likes
Beng Hee wakil tunggal negara layak ke pusingan kedua TOC

Bekas pemain skuasy nombor tujuh dunia, Ong Beng Hee muncul pemain tunggal negara berjaya melepasi halangan pertama Kejohanan Juara-Juara (TOC) J.P Morgan 2015 di Amerika Syarikat, semalam.

TOC adalah kejohanan pertama dalam Siri Skuasy Lelaki Dunia tahun ini dan berlangsung di Terminal Grand Central, New York.

Pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 34 tahun itu adalah pilihan pertama peringkat kelayakan berusaha melepasi undian utama dengan mengalahkan pemain tempatan, Chris Hanson 11-8, 11-6,10-12 dan 11-6, menurut laman web kejohanan www.tocsquash.com.

Beng Hee, yang tidak bertanding dalam acara profesional sejak Kejohanan Skuasy Dunia Lelaki November tahun lepas akan bertemu Mohd Ali Anwar Reda dari Mesir yang menewaskan pemain Kanada, Shawn Delierre 14-16, 11-6, 11-8 dan 11-9 pada pusingan kedua.

Rakan senegara yang juga pemain nombor satu negara yang baru, Mohd Nafiizwan Adnan dan pemain bebas Mohd Asyraf Azan gagal melepasi halangan pertama dalam pusingan kelayakan.

Mohd Asyraf kalah 11-4, 11-0 dan 11-8 kepada pilihan kedua Mazen Hesham dari Mesir manakala Mohd Nafiizwan tidak meneruskan permainan selepas menang set pertama 11-2 ketika menentang pemain Mexico Alfredo Avila.

Menurut laman web itu, Juara Dunia PSA 2014 Ramy Ashour terpaksa menarik diri daripada kejohanan akibat kecederaan manakala bekas pemain nombor satu dunia dari England James Willstrop, yang menjalani pembedahan pada pinggul September 2014, tidak dapat bermain kerana kecederaan itu.

Dalam acara wanita, ratu skuasy negara dan juga pemain nombor satu dunia Datuk Nicol David akan beraksi buat kali pertama selepas merangkul kejuaraan kali kelapan dunia Disember lepas.

Pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 31 tahun yang juga juara bertahan itu akan memulakan kempen bersama-sama pemain nombor dua negara, Low Wee Wern pada Isnin.

Promo text


Comment

HighlightSUKAN

Tak sangka menang besar

987 reads
0 likes
Tak sangka menang besar
HighlightSUKAN

Khairy mahu MIM ditukar ?

317 reads
0 likes
Khairy mahu MIM ditukar ?