Highlight BERITA

QZ8501: Identiti Satu Lagi Jasad Dikenal Pasti

228 reads
0 likes
QZ8501: Identiti Satu Lagi Jasad Dikenal Pasti

Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana Jabatan Polis Republik Indonesia (DVI POLRI) mengenal pasti identiti satu lagi jasad mangsa nahas Penerbangan QZ8501 AirAsia Indonesia sebagai Cindy Clarissa Soetjipto.

AirAsia menyatakan dalam kenyataan terkininya di sini malam Khamis bahawa AirAsia Indonesia dengan rasminya menyerahkan jasad penumpang kepada keluarganya pada Khamis.

Setakat ini, 39 daripada 50 jasad telah dikenal pasti identiti dengan sembilan lagi masih dalam proses pengecaman.

Kenyataan itu menyebut operasi mencari dan menyelamat (SAR) diketuai oleh Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) menyambung operasi mencari di kawasan pencarian utama.


Kapal-kapal SAR, helikopter dan pasukan penyelam laut telah dikerah ke kawasan pencarian utama untuk meninjau dasar laut sebelum penemuan penumpang dan bangkai pesawat kerana disyaki lebih banyak penumpang yang mungkin terperangkap di bawah bangkai itu.

Bagaimanapun, tidak ada penemuan tambahan yang dilaporkan hari ini, menurut kenyataan itu.

Pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia terhempas pada 28 Disember lepas semasa dalam penerbangan dari Surabaya, Indonesia, ke Singapura dengan membawa 155 penumpang dan tujuh kru.

Mereka yang berada dalam pesawat malang itu terdiri daripada 155 penumpang warga Indonesia, tiga rakyat Korea Selatan, seorang warga Singapura, seorang warga Malaysia, seorang rakyat Britain dan seorang warga Perancis.
Promo text


Comment

HighlightBERITA

Anak Yatim Piatu Mati Dibelasah

310 reads
0 likes
Anak Yatim Piatu Mati Dibelasah