Highlight HIBURAN

Leonardo Dicaprio Bikin Lutut & Kaki Rihanna Menggeletar?

239 reads
0 likes
Leonardo Dicaprio Bikin Lutut & Kaki Rihanna Menggeletar?

Betapa hebat dan agungnya cinta Jack dan Rose dalam Titanic, hingga kini sebut sahaja wanita mana tidak akan jatuh cinta dengan playboy bermulut manis, Leonardo DiCaprio. Yang terbaru khabarnya penyanyi Rihanna sudah angau dan mabuk cinta dengan aktor hebat ini.

Memetik satu tajuk utama berita hiburan antarabangsa, Leonardo Dicaprio Bikin Lutut Rihanna Bergeletar (Leonardo Dicaprio Makes Rihanna's Knees Tremble) pasangan ini tampil mesra buat pertama kalinya ketika parti anjuran majalah Playboy di Playboy Mansion hujung minggu lalu.

Namun begitu ada juga pihak yang membuat dakwaan bahawa pasangan ini bukanlah baru malam itu bermesraan di khalayak ramai tetapi mereka sudah mulai bermadu asmara sejak beberapa bulan lalu.

Menurut sumber, kedua dua mereka seakan tidak dapat berjauhan atau berpisah. Masing-masing telah kecanduan cinta hingga terpaksa curi-curi keluar hanya untuk bertemu agar tidak dilihat umum.

“Mereka seringkali bertemu ketika tengah malam di mana Rihanna akan keluar secara curi-curi seakan penagih yang ketagihan dadah. Sampaikan dia berhenti bertukar kereta dan bertemu di tempat rahsia yang hanya mereka tahu dimana.

“Hubungan cinta yang dirancang agar tidak diketahui umum disifatkan berjaya dan ia tidak dapat didedahkan oleh sesiapa pun ketika awal permulaan mereka,”dakwa sumber tersebut.

Penyanyi yang terkenal dengan gaya unik dan tersendiri ini kekal single setelah melalui rentetan episod cinta yang pahit dengan Chris Brown manakala Leonardo telah pun mengakhiri  hubungan cinta dengan peragawati, Toni Garnn pada Disember lepas.

Disifatkan sebagai hubungan cinta yang kasual dan ia kelihatan berlanjutan dengan begitu baik sekali. “Rihanna juga tidak bodoh, dia tidak akan terlalu menunjukkan kehebatan dirinya kerana komitmen yang menjadi isu dalam hubungan seperti ini”,kata pemerhati dunia hiburan di barat itu.

Si kasanova juga mungkin sudah jelak dengan si cantik berambut perang yang sama setiap kali berasmara dan saat itu Rihanna melewati di hadapannya dan melupakan memori Leonardo dengan blonde yang pernah ditidurinya.

“Siapa tidak kenal dengan lagak Leonardo? Seorang yang lucu, jujur dan lain dari yang lain. Petah berbicara namun satu keistimewaan yang dimiliki bintang The Wolf of The Wall Street ini apabila dia memandang terus ke dalam matanya Rihanna dan wanita itu pasti tidak dapat menahan renungan tersebut hingga menggigil dibuatnya.

DiCaprio has been linked to a string of leggy blonde models over the past few years. But it seems he may have found his perfect woman in Rihanna – and the feeling is very much mutual.

"Leonardo's funny. He's real, honest and authentic," the source concluded. "He holds a good conversation but the one thing that makes her weak every time she looks at him are his eyes. That alone makes her knees tremble."
Promo text


Comment