Highlight SUKAN

Roslin: Dua jaguh negara makin lesu

233 reads
0 likes
Roslin: Dua jaguh negara makin lesu

KARAKTER mahu menjadi seorang juara sudah mula berkurangan dalam diri pemain perseorangan badminton negara, Chong Wei Feng dan Liew Daren.

Demikian reaksi bekas jaguh perseorangan negara, Muhammad Roslin Hashim selepas kegagalan dua pemain tersebut untuk melangkah ke final Grand Prix Emas Yonex-Sunrise Malaysia Masters 2015 yang berakhir di Kuching, Sarawak, kelmarin.

Roslin berkata, Wei Feng mahupun Daren tidak pernah berusaha menunjukkan kesungguhan sebaliknya hanya beraksi untuk memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Katanya, walaupun kedua-dua pemain itu sering dikritik, namun mereka tidak pernah berusaha membuktikan kemampuan masing-masing.

"Kalau nak dikata tiada pengalaman, tidak mungkin kerana sebahagian besar pemain ini pernah beraksi dalam pelbagai kejohanan antarabangsa termasuk Piala Thomas.

"Mungkin mereka sudah 'lemau' sebab menang atau tidak, itu bukan masalah mereka. Apa yang penting mereka beraksi dan ikut arahan BAM," katanya.

Menurut Roslin, jika situasi ini berterusan, dia yakin pesaing negara sudah tidak ada perasaan gentar dengan mereka.


Promo text


Comment

HighlightSUKAN

Tak sangka menang besar

987 reads
0 likes
Tak sangka menang besar
HighlightSUKAN

Khairy mahu MIM ditukar ?

317 reads
0 likes
Khairy mahu MIM ditukar ?