Highlight TEKNOLOGI

Jam Tangan LG Android

243 reads
0 likes
Jam Tangan LG Android

KINI kehidupan seharian akan lebih mudah apabila segala maklumat penting boleh dicapai pada bila-bila masa dan di mana jua melalui jam tangan pintar yang dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 400 dan sistem operasi Android 4.3.

Walaupun jam tangan pintar tersebut amat ringan, namun kelebihannya pelbagai termasuk e-mel, panggilan dan teks mesej terus sampai dari pergelangan tangan tanpa perlu memegang telefon bimbit.

Kelebihan rekaan bentuk kad yang memberikan maklumat berguna itu amat mudah diakses walaupun kepada pengguna baharu selain maklumat juga mudah dicapai melalui pertanyaan soalan.

Menurut Presiden LG Electronics, Dr. Jong Seok Park, sebagai salah satu produk yang menggunakan peranti Android, LG melihat produk tersebut sebagai permulaan komitmen jangka panjang untuk mencipta produk aksesori Running Android Wear.

Katanya, pihaknya yakin bahawa apabila pengguna melihat bagaimana berguna dan menarik jam tangan tersebut akan membolehkan mereka menerima teknologi itu dalam kehidupan seharian sama seperti telefon pintar.

Seterusnya paparan skrin yang sentiasa terbuka membolehkan maklumat dibaca tanpa perlu bangun atau menekan mana-mana butang.

Promo text


Comment