Highlight BERITA

Warga Emas Kemalangan Kereta Dipandu Rempuh Bank

196 reads
0 likes
Warga Emas Kemalangan Kereta Dipandu Rempuh Bank

Sebuah kereta yang dipandu lelaki berusia 70 tahun merempuh masuk ke dalam sebuah bank di Damansara Uptown, petang Ahad, memecahkan dinding kaca, sebelum melanggar dinding di sebelah mesin ATM bank itu.

Pegawai Turus Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Deputi Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata lelaki itu, seorang pegawai tentera bersara, baharu sahaja selesai membuat transaksi di bank CIMB di Jalan SS 21/35 kira-kira pukul 7.30 malam.

Lelaki itu masuk ke dalam kereta Perodua Kelisa yang diletakkan betul-betul di hadapan bank dan mahu mengundurkan keretanya.

"Bagaimanapun, dia tidak sedar bahawa dia telah meletakkan gear kereta dalam keadaan 'memandu' dan berfikir bvahawa dia sedang menekan brek walaupun dia sebenarnya menekan minyak," kata Mohamad Roy.

Kesilapan tersebut menyebabkan keretanya memecut sehingga ke bahagian kaki lima dan merempuh dinding kaca sebuah bank.

Kereta itu berhenti selepas melanggar dinding di belakang bank.

"Tidak ada seorang pun berada di dalam bank pada masa itu dan tidak ada kerosakan mesin ATM. Dia hanya melanggar 'booth' kayu di sebelah dinding kaca.

"Pengurusan bank membuat laporan pada pagi Isnin dan kami telah memutuskan untuk hanya mengeluarkan saman terhadap lelaki itu.

Promo text


Comment

HighlightBERITA

Anak Yatim Piatu Mati Dibelasah

278 reads
0 likes
Anak Yatim Piatu Mati Dibelasah