Highlight GAYA HIDUP

Galak gaya hidup sihat DBKL laksana program KL Pagi Bebas Kenderaan dua kali sebulan

239 reads
0 likes
Galak gaya hidup sihat DBKL laksana program KL Pagi Bebas Kenderaan dua kali sebulan

BERMULA tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan program Kuala Lumpur Pagi Bebas Kenderaan sebanyak dua kali sebulan iaitu pada hari Ahad setiap ming­gu pertama dan ketiga.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, penambahan program berke­naan itu ekoran sambutan yang memberangsangkan pada tahun lepas yang hanya dilakukan sekali pada setiap bulan.

“Orang ramai dijemput memeriahkan lagi kempen ini dengan mengambil peluang menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan termasuk yang terbaharu ialah menaiki kereta kuda secara percuma.

“Ini adalah untuk kita menarik minat warga kota untuk menikmati kemudahan yang ada selain menggalakkan mereka mengamalkan gaya hidup yang sihat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau turut meluang masa kira-kita dua jam menyertai larian dan berbasikal di sekitar pusat bandar sempena program tersebut bagi tahun 2015 anjuran DBKL di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana KLFM, Datuk Naim Mohamad dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) DBKL, Datuk Mahadi Che Ngah.

Dalam pada itu, Ahmad Phesal berkata, DBKL telah mengenal pasti kawasan dan jalan yang sesuai untuk dibangunkan sebagai laluan berbasikal kepada orang ramai di sekitar ibu negara.

Katanya, tumpuan DBKL ketika ini adalah kepada projek pembinaan laluan berkenaan dari Mid Valley sehingga ke Dataran Merdeka melibatkan 7.5 kilometer.

“DBKL juga masih lagi dalam proses menyiapkan tiga projek yang berkaitan di sekitar pusat bandar dan bahagian perancang bandar dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berminat dengan aktiviti berbasikal untuk mengenal pasti kawasan dan tempat yang sesuai untuk dibangunkan,” katanya.


Promo text


Comment

HighlightGAYA HIDUP

Patah hati bawa bencana

362 reads
0 likes
Patah hati bawa bencana