Highlight BERITA

Agenda Rakyat Tetap Jadi Keutamaan - Irmohizam

264 reads
0 likes
Agenda Rakyat Tetap Jadi Keutamaan - Irmohizam

Pelbagai pengubahsuaian dan intervensi yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai persediaan untuk berdepan situasi ekonomi dunia tetap mengutamakan agenda rakyat.

Menganggap tindakan yang diambil itu tepat pada masanya, Presiden Majlis Belia Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, ia bersesuaian dengan kejatuhan harga minyak sebanyak 60 peratus yang membawa implikasi kepada ekonomi dunia.

"Generasi muda menyambut baik strategi intervensi yang diumumkan Perdana Menteri kerana langkah yang dilaksanakan dapat memastikan objektif dasar negara dicapai, selain tindakan proaktif berikutan faktor luaran di luar kawalan supaya ekonomi negara bertumbuh dengan lebih meyakinkan dan membanggakan.

"Malahan, intervensi ini jelas menunjukkan kerajaan sentiasa peka dan proaktif dalam memastikan Malaysia sentiasa diletakkan di landasan ekonomi tepat serta dapat mengharungi cabaran ekonomi," katanya mengulas penstrukturan semula Bajet 2015 yang diumumkan pada Selasa.

Ahli Parlimen Kuala Selangor itu turut mencantas dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa intervensi yang dilaksanakan adalah tindakan reaktif kerajaan dan bukan proaktif.

"Kita harus sedar bahawa keadaan iklim dunia pada masa kini adalah kerana faktor-faktor luaran yang berada di luar kawalan.

"Pakej stimulus juga tidak dilaksanakan seperti dalam keadaan gawat atau krisis, yang boleh dikatakan reaktif. Maka, ini sememangnya tindakan proaktif kerajaan untuk memastikan daya tahan ekonomi negara terus meningkat," katanya.

Menjelaskan lebih lanjut, katanya, dengan pengubahsuaian dan intervensi ini, negara dapat mencapai defisit negara dibawah 3.2 peratus pada 2015 di mana tanpa langkah khusus ini kadar defisit dapat meningkat sehingga 3.9 peratus.

Dalam mengutamakan agenda rakyat, perbelanjaan pembangunan yang diperuntukkan sebanyak RM48.5 bilion dalam Bajet 2015 tidak berubah dan tetap dibelanjakan menerusi projek seperti perumahan rakyat, tebatan banjir, bekalan air, elektrik serta infrastruktur pengangkutan.

"Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan pada 1 April ini serta Rancangan Malaysia ke-11 yang bakal diumumkan pada Mei nanti pastinya akan menjadi pelengkap dalam menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020," katanya.

Beliau juga berharap harga barangan keperluan asas tidak meningkat dan kerajaan dapat memperkukuhkan elemen penguatkuasaan supaya kehidupan rakyat tidak terbeban.

Promo text


Comment

HighlightBERITA

Anak Yatim Piatu Mati Dibelasah

278 reads
0 likes
Anak Yatim Piatu Mati Dibelasah