Highlight BERITA

Nik Aziz Solat Subuh, Minta Minum Teh O

286 reads
0 likes
Nik Aziz Solat Subuh, Minta Minum Teh O

Selepas hampir 24 jam dipantau di Unit Rawatan Rapi (ICU), Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi tindak balas positif terhadap rawatan yang diberikan.

Menurut anaknya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, ayahnya juga sempat menunaikan solat subuh ketika terjaga pada awal pagi Rabu.

"Ayahanda sedar awal pagi tadi, solat Subuh, minum teh O, bertanya khabar beberapa ketika dan mengukir senyum.

"Selepas tidur kembali, beliau sedar dan minta untuk minum lagi," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Selain itu Nik Mohamad Abduh memberitahu bahawa pihak doktor berpuas hati dengan perkembangan kesihatan bekas Menteri Besar Kelantan itu.

"Alhamdulillah, pagi ini ayahanda menunjukkan reaksi lebih baik dan semakin positif terhadap semua rawatan yang diberikan.

"Pihak doktor gembira dengan perkembangan, cuma menyatakan rawatan rapi akan terus dilakukan untuk tempoh ini," katanya.

Mursyidul Am PAS yang menghidap kanser prostat itu dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada Isnin malam namun terpaksa dipindahkan ke ICU pada petang Selasa kerana keadaan kesihatannya yang tidak memuaskan.
Promo text


Comment