Highlight GAYA HIDUP

Kulit secantik wanita Jepun

299 reads
0 likes
Kulit secantik wanita Jepun

WANITA Jepun memang dikenali memiliki kulit yang berseri, halus bak porselin dan bebas cela. Rahsia di sebalik kecantikan tersebut datangnya daripada rejim penjagaan kulit tradisional yang diperturunkan dari generasi ke generasi.

Memperkenalkan Eversoft Skinz, rejim penjagaan kulit dari Jepun yang bertindak efektif bagi menyediakan wanita dengan kulit lebih cerah, awet muda dan bebas cela, pesona yang terkenal dalam kalangan wanita Jepun.

Rangkaian penjagaan kulit ini dicipta melalui gabungan dua jenama iaitu Eversoft yang banyak menggunakan bahan-bahan semula jadi dan Skinz yang mahir dalam teknologi sains kulit terkini.

Menggunakan teknologi canggih Jepun bersama faedah-faedah mujarab daripada ekstrak daun sakura, teh hijau Kyoto, dan Lipo-Vit C, rangkaian penjagaan ini mendorong kepada tindakan sinergi pencerahan kulit yang mengagumkan.

Ekstrak daun sakura terkenal dengan fungsinya bagi melicin dan mencerahkan kulit bagi seri wajah mempesona dan kulit wajah berkilau, manakala 
Lipo-Vit C pula merupakan teknologi Jepun yang meresapkan vitamin C aktif yang kuat jauh ke dalam kulit bagi mencerahkan kulit secara dinamik bersama keberkesanan anti pencemaran.

Kandungan anti tyrosinase (sumber bintik-bintik gelap) membantu mengurangkan tanda pigmentasi hiper dan kulit gelap dari dalam.

Sementara itu, teh hijau Kyoto berkualiti tinggi anti oksida semula jadi berkuasa dan efektif bagi membantu memperbaharui dan memperbaiki kulit dengan cara meneutralkan kerosakan disebabkan lembayung ungu (UV) dan radikal bebas.

Menerusi kombinasi bahan-bahan Jepun ini bersama teknologi terkini, pakar penjagaan kulit Evesoft Skinz telah mencipta barisan produk yang mengekalkan lima langkah rejim penjagaan kulit pemutihan dari Jepun serta meliputi langkah-langkah mudah diaplikasikan.

Lima langkah tersebut adalah pembersihan, pelembutan, memutih, melembap dan melindungi. Rejim tersebut meliputi penggunaan rangkaian produk seperti Purifiying Facial Foam, Purifiying Facial Scrub, Instant Radiance Rinse-Off Facial Mask dan Miracle Blackhead Exfoliator untuk pembersihan.

Selain itu, Clariying Toner, Intense Whitening Serum, Whitening Day Moisturiser, Intensive Night Moisturiser dan Perfect White BB Cream dengan SPF30PA++.

Rangkaian produk tersebut kini boleh didapati di semua farmasi utama, pasar raya dan butik-butik kecantikan pada harga di antara RM14.90 hingga RM42.90.



Promo text


Comment

HighlightGAYA HIDUP

Patah hati bawa bencana

362 reads
0 likes
Patah hati bawa bencana