Highlight SUKAN

Nur Suryani dinobat olahragawati ATM buat kali kelima

258 reads
0 likes
Nur Suryani dinobat olahragawati ATM buat kali kelima

Penembak wanita elit kebangsaan, Nur Suryani Mohamed Taibi dinobatkan sebagai Olahragawati Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2014 pada majlis Anugerah Sukan ATM yang berlangsung di Wisma Perwira, Kementerian Pertahanan di sini, malam tadi.

Kemenangan itu adalah yang kelima buat altet penembak yang bertugas sebagai pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), selepas memenangi anugerah sama pada 2009, 2010, 2011 dan 2012.

Atlet bina badan negara, Buda Anchah pula dinobat sebagai Olahragawan ATM buat kali ketiga selepas memenanginya pada 2011 dan 2013.

Kedua-dua mereka menerima wang tunai RM5,000, piala pusingan, blazer khas ATM yang disampaikan Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang mewakili Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Pada majlis berkenaan, Lt Kol Md Salleh Napie daripada sukan tinju dinobatkan sebagai Tokoh Sukan ATM 2014 manakala Pegawai Waran 1 Kamarudin Misman dari sukan hoki dipilih sebagai Tokoh Jurulatih Sukan ATM 2014.

Promo text


Comment

HighlightSUKAN

Tak sangka menang besar

987 reads
0 likes
Tak sangka menang besar
HighlightSUKAN

Khairy mahu MIM ditukar ?

317 reads
0 likes
Khairy mahu MIM ditukar ?