Highlight SUKAN

Skuasy: Nicol gagal pertahan mahkota di New York

274 reads
0 likes
Skuasy: Nicol gagal pertahan mahkota di New York

Impian Datuk Nicol Ann David mahu mempertahankan kejuaraan skuasy Kejohanan Juara-Juara JP Morgan 2015 berakhir selepas tewas mengejut kepada pemain England, Alison Waters dalam saingan suku akhir, hari ini.

Nicol, 31, yang beraksi dalam kejohanan pertama selepas menjuarai Kejohanan Dunia, bulan lalu kalah 9-11, 12-10, 7-11, 1-11 dalam tempoh 39 minit di gelanggang kaca di New York Grand Central Terminal.

Menurut laman sesawang rasmi kejohanan, www.tocsquash.com, Alison kini akan menentang pemain Mesir, Nour El Sherbini dalam separuh akhir selepas lawannya itu menewaskan rakan senegara, Nour Ell Tayeb 11-5, 10-12, 11-3, 12-14, 11-9.

Perlawanan separuh akhir yang lain membabitkan Raneem El Welily dari Mesir menentang Laura Massaro dari England.

Nicol menjuarai gelaran TOC selepas menewaskan Massaro, tahun lalu.


Promo text


Comment

HighlightSUKAN

Tak sangka menang besar

884 reads
0 likes
Tak sangka menang besar
HighlightSUKAN

Khairy mahu MIM ditukar ?

291 reads
0 likes
Khairy mahu MIM ditukar ?