Highlight BERITA

Imigresen buka semula kaunter PLKS

995 reads
0 likes
Imigresen buka semula kaunter PLKS

Jabatan Imigresen akan membuka semula kaunter penerimaan pembaharuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) di semua kaunter imigresen seluruh negara berkuatkuasa serta merta hari ini selepas ditutup pada 5 Januari lalu.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Mustafa Ibrahim berkata, keputusan itu diambil selepas pihaknya menerima rungutan daripada majikan yang mendakwa sukar untuk menerima konsep pembaharuan PLKS secara dalam talian.

http://www.hmetro.com.my/

"Pembukaan buat sementara waktu sehingga tarikh terbabit bertujuan memberi tempoh penyesuaian kepada majikan untuk membiasakan diri dengan proses PLKS secara dalam talian.

"Selepas tamat tempoh penyesuaian ini perkhidmatan PLKS secara dalam talian akan dilaksanakan sepenuhnya," katanya Ketua Pengarah Imigresen Datuk Mustafa Ibrahim pada sidang media di sini, sebentar tadi.

http://www.bharian.com.my/


Promo text


Comment