Highlight HIBURAN

Betul ke Edry guna Caliph Busker untuk raih simpati?

1065 reads
0 likes
 Betul ke Edry guna Caliph Busker untuk raih simpati?

Tak habis lagi dengan kontroversi yang melanda, hari ini bekas vokalis Mojo, Aweera tampil mengatakan tindakan Edry menggunakan Caliph Busker hanya untuk meraih simpati. Berikut merupakan kenyataan Aweera sendiri.


    "Dia tuduh saya suka main drama tetapi dalam hal ini kita tengok dia yang buat drama untuk raih simpati masyarakat.

    Sebab itulah kalau dia gunakan menyanyi baru Mojo, sudah tentu persembahan mereka malam itu akan dikritik. "



Aweera berpendapat, "drama" yang dilakukan Edry Abdul Halim untuk meraih simpati masyarakat berjaya apabila kumpulan itu dipilih memenangi Persembahan Terbaik dalam Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL 29) pada Ahad lalu.

Aweera atau nama sebenarnya Nasharul Aweera Noriyissham, 24, berkata, Edry yang sebelum ini pernah menuduhnya suka bermain drama ternyata telah membuktikan kepada khalayak siapakah sebenarnya yang bersikap sedemikian.

Nampaknya makin berliku-liku lah masalah antara Edry dan Aweera ni. Rasa-rasanya siapa sebenarnya yang raih simpati dan buat drama ni dan bilalah konflik antara mereka akan berakhir?




Promo text


Comment