Highlight GAYA HIDUP

Resepi: Keenakan Biskut Tiramisu Yang Menambat Hati

1227 reads
0 likes

Bagi pengemar pencuci mulut, mungkin resepi ini bakal menjadi juadah favorite anda sekeluarga.

Apatah lagi, pencuci mulut ini sememangnya amat sesuai dijadikan kudap-kudapan ketika anda sedang menonton televisyen bersama keluarga.

Pastinya, buat pengemar desert, pembuatan juadah yang mudah, murah dan praktikal menjadi pilihan hati.

Apa pun yang paling penting, haruslah kelazatan dan keenakan juadah itu sendiri untuk dinikmati.

Ini kami kongsikan resepi ‘Biskut Tiramisu’ yang kini menjadi resepi hangat untuk dicuba.

Bahan-Bahannya:

1 paket biskut Cream Creakers
1 tin susu cair atau susu full cream Dutch Lady
1/3 tin susu pekat
4 sudu makan tepung kastard
1 cawan air
Secubit garam
Serbuk milo

Cara-Caranya:

1. Satukan susu cair, susu pekat, tepung kastard, air dan garam ke dalam periuk.

2. Gunakan api yang perlahan, masak dan kacau campuran kastard hingga adunan menjadi likat.

3. Kemudian, tutup api anda.

4. Susun biskut dalam bekas atau loyang.

5. Masukkan adunan kastard supaya menutupi lapisan biskut dan ratakan. Taburkan serbuk milo.

6. Susun lagi lapisan biskut di atas lapisan kastard tadi. Lapiskan lagi dengan adunan kastard dan taburkan milo. Ulang langkah ini hingga habis.

7. Simpan biskut tiramisu ini di dalam peti sejuk selama 2 – 3 jam.

8. Potong dan hidangkan sebagai juadah pembuka selera anda.


Aik… nampaknya ada yang tertelan air liur melihat resepi ini.

Apa lagi, cubalah…. 



Promo text


Comment

HighlightGAYA HIDUP

Patah hati bawa bencana

392 reads
0 likes
Patah hati bawa bencana
HighlightGAYA HIDUP

8 Langkah Untuk Gaya Hidup Sihat

286 reads
0 likes
8 Langkah Untuk Gaya Hidup Sihat